Monday, May 19, 2014

Tour : UiTM Kuala Pilah

I never thought sem break could be this boring so..


  Hi, selamat bertemu lagi bersama saya, pengacara anda. Untuk episod kali ini, saya akan membawa anda menerokai bumi Kuala Pilah, satu perkampungan yang membawa kejutan demi kejutan.Sebaik kru kami menjejakkan kaki ke sini, kami disajikan dengan pemandangan yang menghijau serta aroma tahi kerbau yang menusuk di sepanjang jalan. Satu pengalaman yang cukup unik bagi kami.



   Memasuki perkarangan UiTM Negeri Sembilan kampus Beting, jelas kelihatan betapa gahnya banggunan yang berdiri selama beberapa tahun ini. Kedatangan kami disambut dengan senyuman manis pakcik polis bantuan yang bertugas serta polis bantuan wanita yang tidak kurang manisnya lulz.


  Pemandangan yang cukup memukau setiap mata memandang. Banggunan pentadiran yang menempatkan  satu-satunya fakulti di sini iaitu Fakulti Sains Gunaan ini terletak kira-kira 200m dari kolej kediaman. Jarak yang dekat membolehkan para pelajar berjalan kaki ke kelas (sekaligus mengurangkan risiko obesiti).


  Kolej kediaman yang terdiri dari 10 buah blok ini menempatkan ribuan pelajar. Setiap unit rumah disini mempunyai 3 buah bilik dan setiap bilik menempatkan 2 orang pelajar. Akan tetapi jika anda termasuk dalam golongan loner macam saya, anda akan ditempatkan di ruang tamu (RT).


Syahdu.



  Beralih kepada tempat pengajaran dan pembelajaran (P&P) diadakan, kami agak kagum dengan kemudahan yang sedia ada. Pastinya segala kemudahan seperti penghawa dingin ini membantu dalam mewujudkan suasana belajar yang kondusif untuk pelajar.



Aah kondusif sangat zzzz.

No comments:

Post a Comment